LIFESTYLE





LIFESTYLE | The slot this lifestyle, edz featuring celebrities now increasingly hot and meletop in terms of personality and lifestyle inspired.
Copyright2014


______________________________________________________________________




( LIFESTYLE )  EXCLUSIVE

 

the prime Hardy Hard

"to be better"




eDZINSPIRASIMU menampilkan sekilas profil dan kumpulan foto terbaru dari model yang kabarnya paling banyak dicari di beberapa situs pencarian di internet. Dia adalah Hardy Hartono yang mengawali kariernya sebagai model catwalk dan model iklan. Disini kamu bisa menemukan profil Hardy Hartono, kumpulan foto Hardy Hartono, foto Hardy Hartono hot, Hardy Hartono cool, dan semua tentang Hardy Hartono. Beberapa iklan yang pernah dibintangi Hardy Hartono antara lain ia menjadi model iklan Panasonic, Green Tea bersama Aura Kasih dan juga iklan produk shampo Sunsilk versi pantai bersama model cantik Zora Vidyanata. Yang terbaru, Hardy Hartono menjadi model iklan pasta gigi Zact versi dating (pertemuan pertama makan malam). Penggemar berat Metallica ini sepertinya bakal melambung namanya seiring perjalanan kariernya. Hardy pun didaulat untuk menjadi model video klip Ungu dalam lagu 'Ibu'. Hardy Hartonojuga pernah menjadi model video klip B3 (dahulu AB3) untuk lagu Cinta Sampai Mati. Dengan pengalaman ini, Hardy Hartono yang hobi bermain basket akhirnya mendapat tawaran untuk bermain film. Hardy pun akhirnya mendapatkan peran di film 'Not For Sale Keperawanan Bukan Untuk Dijual' bersama dengan Arumi Bachsin, Okie Callerista atau Okie Agustina dan Leylarey Lesesne. Di film ini Hardy mendapatkan peran sebagai anak muda yang terjerumus dalam pergaulan metropolis yang serba bebas dalam mencari jati dirinya. Hardy juga mendapatkan peran utama di film 'Pengantin Topeng' bersama dengan Masayu Anastasia dan Lolita Putri. Hardy Hartono juga pernah bermain di beberapa FTV. Diantaranya Hardy Hartono tercatat sebagai pemain atau pemeran utama FTV berjudul '1 Cinta Beda Rasa' bersama Tyas Mirasih dan Dinda Kirana. Nama Hardy Hartono memang belum setenar Indra L Bruggman atau Bertrand Antolin namun dengan semakin bertambahnya para penggemar Hardy, ia diramalkan bakal mempunyai karier cemerlang di dunia entertainment jika ia serius menjalaninya. Kini Hardy Hartono juga menjadi model atau bintang iklan rokok Magnum Filter dari Dji Sam Soe dan juga model iklan Vaseline Men bersama Darius Sinathrya. Nah, buat kamu para penggemar Hardy Hartono, silahkan nikmati koleksi foto terbarunya.

Read more at: http://www.slidegossip.com/2010/06/profil-dan-kumpulan-foto-terbaru-hardy.html
Artikel ini diambil dari www.slidegossip.com sebagai sumbernya



______________________________________________________________________

 

 

HARDY HARTONO (profile)


Pria single kelahiran 03 November 1984 ini, memang sedang melanglang buana di layar kaca. Siapa dia? Yuk, kenalan dengan sulung dari tiga bersaudara ini!

  • Seusai lulus kuliah Manajemen... Saya sempat tinggal di jepang selama tiga tahun. Dan sekembalinya ke Indonesia saya mendapat tawaran di dunia entertainment. Ya sudah, saya ambil saja.
  • Film.. Saya pernah bermain dua film! Not for Sale dan Pengantin Topeng. Kalau main iklan sih, sudah banyak. Hehehe..
  • Wanita Seksi itu.. berkulit hitam, bertato, rambut panjang, pokoknya eksotis. Kalau untuk pribadi, yang penting tidak ribet, bisa mengerti dan mendukung saya.
  • Destinasi Impian.. Jepang dengan keterturan, stabilitas dan efektivitas di sana. Yunani untuk melihat mitosnya, New York Knicks, Inggeris tempat kelahiran saya dan juga ke Raja Ampat.
  • Aktifitas Favorit.. nge-gym, Basket dan Olahraga lainnya. kerana sejujurnya, saya tidak bisa bermain musik sedikit pun.
  • Ingin sekali bermain film dengan.. Russell Crowe dan Natalie Portman.
        by Hardy Hartono Danurussamsi


______________________________________________________________________

 

"Who's HOT Now to Malaysian" 

 

Pastinya nama "Hardy hartono" bukan satu nama yang asing lagi buat peminat-peminat drama melayu Malaysia, lantaran pelakon kacak bersala dari Indonesia ini sudah sering menghiasi layar televisyen melalui lakonannya di dalam drama bercorak ketuhanan, "Kitab Cinta" yang disiarkan di TV Al Hijrah.

"Jika Wali orangnya pendiam dan pemalu, ia serupa sahaja dengan diri saya. Wali digambarkan orangnya lebih bergaya dan berpegang pada ajaran islam yang kuat serta tidak nakal, dan saya pula seperti lelaki biasa yang kuat bekerja dan tidak terlalu bersosial."

Bergandingan dengan pelakon jelita Malaysia, Fazura, aura Hardy Hartono ini mampu membuat peminat-peminatnya tidak tidur malam lantaran sikapnya yang begitu cantik dan indah yang ditonjolkan melalui watak Wali dalam drama itu. Hadir ke Malaysia untuk menghadiri sesi sidang media pelancaran program-program raya, stesen tv Al Hijrah, Hardy menceritakan sisi sebenar dirinya diluar watak yang dilakonkan itu.

"Kebiasaanya di negara saya, jika tiada sebarang kerja saya lebih tinggal dirumah dan hanya menonton televisyen, tetapi bila bekerja saya hanya fokus pada kerja dan akan melakukannya sebaik mungkin. Jika ada kelapangan yang banyak, saya suka bersukan seperti bermain bola jaring dan bersenam. "Secara peribadinya, saya belum ada pacar (kekasih) lagi, namun teman yang namanya perempuan itu ramai,"ujar lelaki berusia 27 tahun ini."
Model bukan hanya meminati bidang lakonan, sebenarnya lelaki kacukan belanda melayu ini juga terlibat dalam bidang peragaan. pernah terlibat dalam iklan tv seperti Vaseline Man, Panasonic dan Fresh Tea, dia juga sudah melakonkan tiga buah filem di Indonesia iaitu, Pengantin Topeng, Cinta Lama belum kelar, dan Not For Sale. Menerima tawaran pengarah popular, Erma Fatima untuk bergandingan dengan Fazura dalam Kitab Cinta, jelas Hardy dia sangat menyukai cara kerja Erma Fatima sebagai seorang pengarah.

"Kak Erma mengenali saya menerusi drama Aqsa dan Madina, kemudian dia menghubungi pengurus saya di Indonesia untuk menawarkan watak Wali kepada saya. "Saya baca skripnya, dan sangat menyukai watak Wali dalam drama itu lantas menerima tawaran Kak Erma. Ternyata dia seorang yang sangat baik, biarpun ada kalanya dia garang, namun bagi saya garangnya sangat bertempat."

"Dia memberi kelonggaran kepada saya membawakan watak. Wali itu mengikut cara saya, malah hubungan saya dengan Kak Erma biarpun baru pertama kali bekerjasama sudah seperti satu keluarga. "Dengan Fazura pula, dia sememangnya seorang yang bagus dalam lakonan dan sememangnya saya sangat menyenangi berlakon bersama-sama dengannya,"jelas Hardy.

Popular Di Malaysia! Melihat namanya sudah mula diterima di negara ini, jelas Hardy dia terlalu bersyukur kerana ada tempat untuknya disini. "Sememangnya saya mahukan yang terbaik dalam diri saya dari masa ke semasa, dan sesungguhnya saya sangat berterima kasih kerana begitu disenangi disini. "Selepas Kitab Cinta, saya akan sambung berlakon untuk Kak erma dalam Kitab Cinta 2, jadi saya harap ia masih diterima,"ujar Hardy hartono yang merupakan anak ketiga dari tiga orang beradik ini.




______________________________________________________________________

 


JELAJAH HARDY

Jatuh Hati Di Malaysia!

 





SEBELUM melintasi Selat Melaka, lelaki dari tanah seberang ini hanya kenal nama Tan Sri P. Ramlee. Itu satu-satunya nama seniman milik Malaysia yang melekat dalam minda seperti yang diserapkan oleh guru lakonannya sepanjang mulai serius di lapangan lakonan.

Dalam naif, pemilik nama Hardy Hartono Danurussami, 27, itu turut mengakui, dia tidak pernah kenal mana-mana wanita popular dari Kuala Lumpur sebelum disunting dan tunduk bawah telunjuk sutradara, Erma Fatima.

Jangan salah anggap, hubungan mereka tidak dibumbui perasaan cinta sebaliknya kasih sebagai pelakon dengan pengarah semata-mata. Dari situ, nama Fazura dan Neelofa sudah begitu serasi di bibirnya, bahkan dengan pantas, dia mudah mengalirkan emosi saat digandingan bersama dalam Kitab Cinta yang pernah disiarkan di TV AlHijrah.

"Bila sudah dipertemukan dan bekerja dengan Erma, dia persis kakak-kakak, emak-emak sifatnya, garang tapi hatinya baik. Bila sudah bekerja dengan produksi di Malaysia baru saya tahu serba sedikit perkembangan industri di sini. Setahu saya juga, Erma pernah menuntut di Indonesia, jadi dia sangat sedar tentang membawa saya masuk ke sini dalam drama arahannya," ujar Hardy tersekat-sekat.

Mencari pesona daripada garis senyuman di wajahnya, ternyata sebagai penulis, saya juga masih mencari-cari faktor peledak yang bakal meletus daripada namanya.

"Setakat ini, lakonan adalah jalan hidup saya. Jika mulanya saya menyambut peluang yang datang, kesempatan itu harus saya jalani dengan ikhlas. Saya percaya, jika kita benar-benar ikhlas, berusaha untuk dilihat sebagai yang terbaik serta jadi diri sendiri, harus akan ada hasilnya," ujar Hardy yang mengakui semakin intim untuk kembali ke Malaysia.

Populariti mencanak

Menduga pandangannya, persoalan tentang populariti sengaja diusulkan. Apa benar sangkaan segelintir pihak, kelangsungan Hardy dalam drama Melayu di Malaysia hanya untuk mengukuhkan nama sementelah populariti di di tanah air sendiri tidak sehebat mana. Pendek kata, belum cukup popular untuk dijual namanya. Jadi di tahap mana, Hardy berdiri?

"Saya sifatkan saya ini masih anak-anak, masih bayi dalam dunia lakonan. Baru berlakon beberapa buah sinetron dan serta dua buah filem, Pengantin Topeng dan Not For Sale Keperawanan Bukan Untuk Di Jual. Saya terima tawaran berlakon karya Malaysia dengan fokus mahu menimba pengalaman dan keyakinan.

"Apabila saya keluar dari kelompok seharian, saya juga kenal budaya lain, maksudnya saya memperkayakan budaya kehidupan dalam hidup saya.





 "Bagi saya, pandangan bahawa sanggup terima tawaran drama di Malaysia kerana belum popular di Indonesia itu satu pandangan nakal. Bagi saya, Erma sendiri, seorang pengarah besar di sini, namanya juga dikenali di kalangan orang Indonesia termasuk rakan-rakan saya seperti Samuel Rizal, dia juga pernah berlakon dengan produksi Malaysia dan masih mahu jika diberi peluang," katanya satu-persatu.

Antara model, pemain sinetron atau pelakon filem, Hardy memilih filem sebagai cabang yang mahu didalami.

"Kerja model itu menyenangkan tapi tidak mampu berterusan begitu, berlakon sinetron itu capek (memenatkan) kerana jumlah episod sangat banyak, tapi filem, walaupun ada banyak peringkat, praproduksi, penggambaran dan promosi sebelum tayangan tapi hasilnya lebih puas," katanya yang bermain dalam sinetron Aqso dan Madina, 1 Cinta Beda Rasa dan Dinda Kirana.



 

Mengakui lagi, dirinya seorang yang suka menyendiri jika diberi pilihan, Hardy menyifatkan dia seorang yang pemalu. Mungkin atas sebab itu juga, pencinta sukan bola keranjang itu tidak ramai kawan dan dianggap sombong.

"Saya pemalu, lebih introvert dan jika diberi pilihan saya lebih suka berdiam tapi bidang menuntut sesuatu yang berbeza, mungkin sebab itu saya lambat dikenali berbanding teman seangkatan yang lain," katanya yang semakin mesra kala topik nama-nama kenalannya dipetik dalam perbualan.

Negeri 5 Menara

Dia mengakhiri pertemuan dengan satu khabar gembira. Selain khabar angin konon-kononnya drama Kitab Cinta akan dibawa ke pentas Istana Budaya, Hardy sempat memberitahu, dia juga terlibat sebagai salah seorang pelakon dalam projek sebuah filem besar adaptasi daripada novel popular, Negeri 5 Menara tulisan Ahmad Fuadi.

Besar hati atas peluang itu, kata Hardy: "Ramai pelakon besar lain terlibat seperti Ikang Fauzi, Andhika Pratama serta Lulu Tobing. Saya bawa watak salah pelajar dalam filem itu yang ketika sudah dewasa."

Sebelum bicaranya ditutup, ditebak hatinya lagi sama ada telah tertusuk panahan cinta di Kuala Lumpur, Hardy menunduk.

"Belum ada yang melamar, tapi kalau sudah jodoh di sini saya okey. Datang ke sini juga rasanya seperti balik ke rumah sendiri," tutur jejaka berdarah Belanda itu seperti berkias meninggal sebuah kenyataan, degup jantungnya ada tertinggal di sini. 



______________________________________________________________________

 


INFO 01 JULAI 2013 >>
 

Kilafairy Sorok Kisah Sedang Bercinta Dengan Hardy Hartono

 

  


Pelakon dan juga penyanyi, Kilafairy sebelum ini memang jarang dikaitkan dengan mana mana lelaki melainkan awal kemunculannya dulu kontroversi susuk tubuhnya yang seksi hingga digelar Angelina Jolie Malaysia dan juga pernah dikaitkan dengan pengarah filem Karak.
Sejak awal tahun lalu, kami mengikuti juga perkembangan artis ini memang agak sibuk dengan perniagaan butik pakaiannya, Rack dan terselit juga gambar dia bersama seorang lelaki dengan kepsyen yang agak menarik namun begitu Kilafairy bijak mengaburi mata pengikut-pengikutnya.
Melihat dari komen-komen peminatnya di laman Instagram ada juga yang meneka lelaki tersebut adalah pelakon dari seberang, Hardy Hartono dan pada keluaran Berita Harian semalam, gossip ini dapat disahkan apabila memang mereka kini sedang mengenali hati budi masing-masing dan berjaya menyorok perhubungan mereka lebih kurang dua tahun.
Detik perkenalan mereka bermula ketika Hardy Hartono datang ke Malaysia untuk berlakon di bawah arahan Erma Fatima berjudul Kitab Cinta dan itu merupakan percubaan pertamanya di sini dan ketika membelek majalah yang terpampang wajah Kilafairy, Hardy seakan jatuh cinta pandang pertama dan bermula dari situ mereka mula berkomunikasi.
“Kami bertukar nombor telefon termasuk Blackberry Messenger (BBM). Kami berhubung tanpa berjumpa dan hanya beberapa bulan selepas itu baru bersua muka. Menerusi komunikasi, ia menjadi kelebihan untuk saya mengenali dirinya serba sedikit. Tak sangka kami rapat sudah dua tahun.”
Di sini kami selitkan video klip untuk single terbaru Kilafairy berjudul Pasti yang terselit wajah Hardy Hartono sebagai pasangan kekasihnya. Sweet!

 

 

______________________________________________________________________

 

 

picture the prime Hardy Hard 

"to be better"













______________________________________________________________________

 



video picture the prime Hardy Hard
"to be better"





edzinspirasimu/copyright2012




______________________________________________________________________

  

 

lirik video picture the prime Hardy Hard

"to be better"





ANGIN ~ "sendiri melawan dunia"

Aku teringatkan kamu
meski telah lama hilang
namun apakah mungkin
engkau kembali seperti dulu lagi..

Kamu yang aku cinta 
aku merindukanmu
meski aku tak tahu engkau di mana
ku harap kau bahagia..

Angin dengarkanlah ku cinta dia
hanya dia yang membuat ku bahagia
Angin katakanlah ku sayang dia
jatuh bangunku menginginkanmu..
meski aku tak tahu engkau dimana
ku harap kau bahagia..

Angin dengarkanlah ku cinta dia 
hanya dia yang membuat ku bahagia 
Angin katakanlah ku sayang dia
jatuh bangun ku menginginkan mu..


______________________________________________________________________

 

 

picture the prime Hardy Hard

"to be better"



"EXCELLENCE TO EXCELLENT"

[bff/lifestyle]


FOTO TERBARU >>
















"EXCELLENCE TO EXCELLENT"

[magazine/film]



FOTO TERBARU >>





















semoga sukses HARDY!

"to be better.."

 

______________________________________________________________________

 

 


<< laman lifestyle ini akan berubah dari semasa ke semasa untuk pengaktifan blog ini, sila berikan komen anda jika anda LIKE laman blog ini >>






copyright2013



Tiada ulasan: