REVOLUTION





REVOLUTION | In this revolution slot, edz bring info and activities about the world through national car sharing.
  
Copyright2014

______________________________________________________________________



















DRB-HICOM Berhad adalah integrasi syarikat automotif terbesar di Malaysia dengan operasi pengilangan, pemasangan dan pemasaran kenderaan komersial dan penumpang. Selain daripada perusahaan automatif, DRB-HICOM juga terlibat di dalam bidang Hartanah dan Pembangunan Infrastuktur dan Perkhidmatan.

Pada awalnya, ditubuhkan pada tahun 1980 sebagai The Heavy Industries Corporation of Malaysia Berhad (HICOM). Kepesatan pertumbuhan dan pada tahun 1996 bergabung dengan Diversified Resources Berhad(DRB) membentuk konglomerat terbesar di Malaysia. Kerajaan Malaysia melalui syarikatnya Khazanah Nasional Berhad mempunya 10.56% pemilikan di dalam DRB-HICOM.











POWER NOW COMES STANDARD
 
Performance is no longer a luxury. Now you can get a Proton Exora Bold Standard variant beefed up with a 1.6 CFE fuel-efficient turbo engine at the same unbeatable value, together with ABS and EBD, dual passenger airbags, a spacious cabin and 7 air-con vents for a more comfortable ride. So wherever life takes you, the Proton Exora Bold Standard makes your journey better.

Test drive the power today!






DEPUTY PRIME MINISTER





  UCAPAN

05 JANUARY 2013  

PRIME MINISTER
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Di Raja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak,

Yang Berbahagia Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil, Pengerusi Eksekutif PROTON,

Yang Berbahagia Dato’ Syed Mohamad Aidid Syed Murtaz, Pengerusi Kumpulan DRB-HICOM Berhad,

Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Pegawai-Pegawai Atasan Kerajaan,

Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan PROTON & Kumpulan DRB-HICOM,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, warga kerja PROTON yang saya hormati sekalian.

1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. di atas limpah kurnia dan izin-Nya kita dapat bersama-sama menghadiri majlis pada tengah hari ini.
2. Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak DRB-HICOM dan PROTON di atas jemputan kepada saya untuk melawat kilang PROTON di Tanjung Malim, Perak dan seterusnya berucap di hadapan warga kerja PROTON pada hari ni.

Hadirin sekalian,

3. Sejak pengeluaran komersil kereta nasional pertama negara - Proton Saga – pada tahun 1985, PROTON kini telah berjaya menguasai 24 peratus daripada saiz pasaran kereta di Malaysia. Syarikat pengeluar kereta nasional ini telah menjadi salah satu peneraju utama industri automotif tempatan dan merupakan satu-satunya pengeluar kereta bertaraf OEM di rantau Asia Tenggara.

4. Sememangnya Kerajaan sangat menghargai usaha-usaha PROTON dalam menyokong inisiatif-inisiatif Kerajaan dalam menggalakkan pembangunan industri automotif negara. Kemampuan dan kejayaan PROTON sebagai sebuah syarikat pengeluar kereta nasional dalam membangunkan pelbagai model kereta yang menepati citarasa dan kehendak pengguna, melambangkan kejayaan visi negara untuk menjadi sebuah negara maju berasaskan produk berteknologi tinggi.


EKONOMI DAN INDUSTRI AUTOMOTIF NEGARA


Tuan-tuan dan puan-puan,

5. Pada hari ini, lanskap ekonomi global semakin kompetitif dan mencabar. Disebalik ketidaktentuan iklim ekonomi dunia, negara kita terus mempamerkan daya saing yang tinggi di peringkat global. Menurut laporan World Competitiveness Yearbook (WCY) pada tahun 2012, kesemua ekonomi Asia telah mengalami penurunan kecuali Hong Kong (yang menduduki tangga pertama), Malaysia (ke-14 meningkat dari tangga ke-16 pada tahun 2011) dan Korea (ke-22).

6. Tatkala kebanyakan negara bergelut dengan prestasi ekonomi mereka, Malaysia telah mencatat pertumbuhan memberangsangkan pada kadar 5.3 peratus bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2012. Kesan daripada pertumbuhan kukuh ini dilihat dalam penjualan kenderaan di mana jualan kenderaan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun lepas telah meningkat 2 peratus kepada 458,447 unit berbanding 450,244 unit dalam tempoh sama tahun lepas. Secara keseluruhan, jualan kenderaan telah mencatat pertumbuhan pada kadar 5.2 peratus sejak tahun 2000 dan dijangka akan mencecah 678,000 unit pada tahun 2013.

7. Ini membuktikan bahawa perjalanan perubahan dan pembaharuan Kerajaan berpandukan Program Transformasi Ekonomi dengan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan 152 Projek-projek Permulaan (EPP) agar menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju dari segala aspek menjelang tahun 2020, semakin membuahkan hasil.


TRANSFORMASI PROTON


Hadiran yang dihormati sekalian,

8. Tidak dapat dinafikan bahawa pihak Kerajaan sentiasa memberikan sokongan terhadap perkembangan industri automotif di negara ini melalui pelbagai inisiatif dan insentif yang diberikan kepada syarikat-syarikat automotif di negara ini. Walau bagaimanapun, adalah diharapkan agar pihak pengeluar sentiasa peka terhadap perlunya untuk sentiasa berada pada tahap yang kompetitif. Industri automotif ini tidak boleh semata-mata bergantung kepada bantuan Kerajaan untuk tempoh yang terlalu lama.

9. Kerajaan yakin dengan transformasi PROTON pada tahun 2012, daripada sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kepada sebuah syarikat yang dimiliki penuh DRB-HICOM – iaitu sebuah konglomerat yang stabil dengan rekod pencapaian yang kukuh dalam sektor automotif –adalah juga merupakan satu titik tolak kepada perubahan yang lebih baik bagi PROTON.

10. Dengan banyak manfaat dan sinergi yang diperoleh melalui DRB-Hicom, saya yakin jenama PROTON akan mencapai skala ekonomi yang lebih optimal, dan pada yang sama memenuhi keperluan kualiti dan gaya hidup pengguna sejajar perubahan pasaran automotif global.

11. Kerajaan juga berharap agar PROTON sentiasa bersedia dan mengambil langkah proaktif melalui aktiviti kepelbagaian perniagaan dan memanfaat kecanggihan kilang PROTON di Tanjung Malim ini untuk terus meningkat keupayaan dan daya saing, bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi juga di arena antarabangsa.


MENEROKAI KENDERAAN BERTEKNOLOGI HIJAU


Hadirin yang dihormati sekalian,

12. Sektor pengangkutan merupakan antara penyumbang terbesar dalam masalah pencemaran alam sekitar. Menyedari hakikat ini, Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Teknologi Hijau untuk memulakan perjalanan ke arah pembangunan dan penggunaan teknologi hijau bagi mencapai pelbagai matlamat yang telah digariskan, termasuklah untuk mengurangkan kadar emisi karbon dioksida Negara sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2020 nanti.

13. Pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk automotif yang berasaskan teknologi hijau dan bersih adalah amat dialu-alukan oleh pihak Kerajaan. Menurut satu kajian automotif antarabangsa yang baru dikeluarkan baru-baru ini, pasaran global bagi kenderaan elektrik (EV) dijangka akan mencecah 450,000 unit pada tahun 2020, berbanding hanya 65,000 unit pada tahun 2012.

14. Ini menunjukkan bahawa pasaran kereta berteknologi hijau mempunyai potensi yang cukup besar dan menguntungkan dalam jangka masa yang panjang, selain dapat mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama mempromosikan kecekapan guna tenaga.

15. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas kepada PROTON dan warga kerjanya kerana telah mengorak langkah ke hadapan untuk membangunkan kenderaan berasaskan teknologi hibrid dan elektrik, sejajar dengan aliran teknologi pembuatan kenderaan yang kini menjurus kepada peralihan daripada bahan api berasaskan fosil kepada yang lebih mesra alam, cekap dan kos efektif.


PENGUMUMAN GAJI MINIMUM BAGI WARGA KERJA PROTON


Tuan-tuan dan Puan-puan,

16. Hakikatnya, gaji pekerja sektor swasta masih di tahap yang sangat rendah. Sebagai Kerajaan yang merasai denyut nadi kaum pekerja, mendengar keluh kesah serta mendakap aspirasi Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Hari Pekerja tahun 2012 telah mengumumkan kadar gaji minimum bagi pekerja sektor swasta di seluruh negara, iaitu pada kadar RM900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 sebulan bagi Sabah dan Sarawak.

17. Selari dengan aspirasi Kerajaan, pada hari ini, saya dengan sukacita ingin mengumumkan bahawa Kumpulan DRB-HICOM dan PROTON dengan ini juga akan melaksanakan gaji minimum baru untuk semua warga kerjanya yang bergaji kurang dari RM900 berkuatkuasa Januari 2013 ini.

18. Kerajaan yakin, antara faktor yang menentukan daya saing dan kemakmuran masa depan negara adalah melalui pembangunan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru bagi menjana kekayaan negara.

19. Saya juga diberitahu bahawa Kumpulan DRB-HICOM yang mempunyai lebih dari 50 syarikat di bawahnya termasuk PROTON, merupakan syarikat Kumpulan yang pertama melaksanakan gaji minimum berserta kenaikan gaji sebanyak 4 peratus kepada warga kerjanya yang bergaji lebih daripada RM900 tertakluk kepada maksima gaji sebanyak RM1,200 berkuatkuasa Januari tahun ini.

20. Saya difahamkan bahawa polisi ini diperkenalkan oleh pihak Pengurusan DRB-HICOM dan PROTON atas dasar keprihatinannya terhadap kebajikan warga kerjanya agar selaras dengan hasrat kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

21. Saya percaya, antara perkara pokok yang membolehkan segala kejayaan ini dicapai PROTON selama ini adalah melalui komitmen warga kerja PROTON yang berdedikasi dan beriltizam tinggi dalam menjunjung wawasan syarikat kereta nasional ini.

22. Dengan pengumuman gaji minimum baru ini, saya menyeru kepada semua warga kerja PROTON terutamanya dan DRB-HICOM khasnya agar terus memikul tanggungjawab dan melaksanakan tugas anda dengan lebih komited dan bersungguh-sungguh lagi demi masa depan yang lebih cemerlang dan bermakna bagi PROTON dan juga DRB-HICOM.


INFRASTRUKTUR DAN KEBAJIKAN - PEMBINAAN SEKOLAH MENENGAH DI PROTON CITY


Hadirin sekalian,

23. Dalam membina kualiti kehidupan yang tinggi di Negara ini, pendapatan per kapita yang tinggi sahaja tidak mencukupi seandainya ia tidak selari dengan pembangunan infrastruktur dan persekitaran yang kondusif dalam menjamin kehidupan seharian yang aman, selesa dan tenang.

24. Kerajaan telah difahamkan oleh pihak Pengurusan DRB-HICOM dan PROTON berkenaan perancangan bandar Tanjung Malim atau PROTON City ini sebagai hub utama PROTON di masa akan datang.

25. Pada hemat Kerajaan, sekiranya perancangan ini diteruskan, maka ia haruslah selari dengan pembangunan bandar yang teratur serta infrastruktur yang sesuai dan mencukupi untuk menampung keperluan warga kerja PROTON serta penduduk-penduduk di kawasan Tanjung Malim dan Behrang.

26. Saya difahamkan bahawa pihak Pengurusan DRB-HICOM dan PROTON telah berbincang dengan pihak Kementerian Pelajaran bagi tujuan permohonan membina sebuah sekolah menengah di PROTON City untuk keperluan anak-anak warga kerja PROTON. Maka di sini, sukacita saya maklumkan bahawa Kementerian Pelajaran telahpun mempertimbangkan permohonan tersebut dan menyokong untuk diluluskan di dalam Rolling Plan Ke-empat (bermula 2014).

27. Diharapkan agar pembinaan sekolah menengah di Proton City ini diharap dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan juga ibu bapa yang kebanyakannya terdiri daripada warga kerja PROTON sendiri.

28. Secara ringkasnya, pelbagai lagi rancangan pembangunan bandar akan dilaksanakan di sini oleh Kerajaan Pusat dan Negeri bagi memastikan PROTON City berkembang pesat dengan persekitaran dan infrastruktur yang setaraf dan bersesuaian dengan sebuah bandar automotif.

29. Kerajaan percaya, rancangan pembangunan pada masa akan datang bukan sahaja akan menjadikan PROTON City sebuah hub automotif yang kita banggakan malah turut membuka pelbagai peluang-peluang menarik bukan sahaja kepada penduduk di kawasan ini tetapi juga pelabur-pelabur luar.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

30. Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Pengurusan dan seluruh warga PROTON atas segala kejayaan yang telah dicapai selama ini sebagai syarikat pengeluar kereta nasional.

31. Semoga kejayaan-kejayaan yang telah dicapai akan terus menjadi perangsang bagi seluruh warga PROTON untuk menempa kejayaan yang lebih hebat di masa-masa akan datang.

32. Akhir kata, marilah kita berdoa kepada Tuhan agar negara tercinta Malaysia sentiasa diberkati-Nya dan usaha mulia kita bagi mencipta masa depan yang berteraskan keamanan dan keadilan sosial akan dikurniakan-Nya.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.

 

PICTURES NEW PROTON CAR 

"committed to be better"



























HARI KELUARGA PROTON 2009

 

~ PICTURES PROTON CAR ~

"committed to be better"




12 FOTO TERKINI  >>























Tiada ulasan: